Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    FSB RCG akan bincang kestabilan kewangan global

    KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli-ahli Financial Stability Board (FSB) Regional Consultative Group (RCG) bagi Asia berkumpul di Bangkok, Thailand, hari ini, untuk membincangkan mengenai kelemahan dalam sistem kewangan global dan kesan terhadap benua itu.

    Perbincangan itu juga akan menumpukan kepada kesan dan kemungkinan tindak balas dasar kepada penormalan kadar faedah Amerika Syarikat, perkembangan politik global dan aliran modal di Asia.

    FSB dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan bersama oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim dan Ketua Eksekutif  Hong Kong Monetary Authority, Norman Chan Tak-Lam.

    “Mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai pendekatan kawal selia bagi keselamatan siber dan perkongsian maklumat, kerana pembangunan pesat inovasi berkeupayaan teknologi dalam perkhidmatan kewangan telah meningkatkan risiko kestabilan kewangan yang perlu dipertimbangkan oleh penggubal dasar, pengawal selia dan penyelia,” kata kumpulan itu.

    Ahli-ahli akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pelan FSB bagi 2017 dan penyerahannya bagi Sidang Kemuncak Pemimpin G20 pada Julai. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda