Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Fuel Good Weekend BSM buka tirai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DISFuel Good Weekend Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) kembali lagi bermula hari ini hingga 4 Disember di Amphitheathre Jerudong Park.

    Acara hujung minggu itu telah dilancarkan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku tetamu-tetamu kehormat.

    Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, acara itu bertujuan untuk menjadi platform tahunan bagi rakan-rakan perniagaan semasa dan baharu

    BSM untuk mempamerkan laluan sehenti bagi pelanggan menikmati tawaran eksklusif, dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik, interaktif dan menyeronokkan.

    Kemasukan adalah percuma dan orang ramai berpeluang memenangi hadiah, mengikuti pelbagai aktiviti termasuk pameran kenderaan automotif dan persembahan hiburan secara langsung.

    Produk dan perkhidmatan terkini daripada BSM dan rakan kongsinya dalam semua keperluan mobiliti mereka tersedia untuk pembelian dengan tawaran eksklusif sepanjang acara tersebut.

    Di samping itu, BSM membawa kembali pameran pengalaman Shell V-Power untuk pengalaman visual ke dalam hasil kerja Shell V-Power.

    Pelanggan boleh membeli produk eksklusif Shell dan barangan pasukan perlumbaan Shell V-Power, mencuba trek perlumbaan yang dibina khas untuk perlumbaan Koleksi
    Sukan Permotoran Shell dan menyertai pertandingan Perlumbaan Simulator Pusingan Terpantas.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi sama-sama menyempurnakan perasmian.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dibawa melawat ke salah satu pameran rakan perniagaan BSM.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...