Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Fuel Good Weekend BSM dilancar

    Oleh Syahmi Hassan


    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS- Fuel Good Weekend BSM kembali lagi bermula hari ini hingga 4 Disember di Amphitheathre Jerudong Park dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

    Acara telah dilancarkan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Tetamu-tetamu kehormat dan Pengarah Urusan BSM semasa melancarkan Fuel Good Weekend BSM.

     “Fuel Good Weekend merupakan platform tahunan bagi rakan-rakan perniagaan semasa dan baharu BSM sebagai laluan sehenti untuk pelanggan kami menikmati tawaran eksklusif dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik, interaktif dan menyeronokkan”, kata Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) Sdn Bhd, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dalam ucapan alu-aluannya.

    Kemasukan ke acara tersebut adalah percuma dan orang ramai akan berpeluang memenangi hadiah, menyertai pelbagai aktiviti termasuk pameran kenderaan automotif dan persembahan hiburan secara langsung.

    Ia turut menampilkan produk dan perkhidmatan terkini daripada BSM dan rakan kongsinya dalam semua keperluan mobiliti dengan tawaran eksklusif sepanjang acara.

    Tetamu-tetamu kehormat dibawa melawat ke salah satu gerai pameran rakan perniagaan BSM.

    BSM juga mengetengahkan pameran Shell V-Power untuk pengalaman visual yang mengasyikkan. 

    Di samping itu, orang ramai boleh membeli produk eksklusif Shell dan barangan pasukan perlumbaan Shell V-Power, mencuba trek perlumbaan yang dibina khas untuk perlumbaan Koleksi Sukan Permotoran Shell dan menyertai pertandingan Perlumbaan Simulator Terpantas.

    Peminat kereta dan motosikal pula akan dapat melihat dari dekat dan memandu uji kenderaan terbaharu daripada pelbagai pengedar sepanjang acara tersebut.

    Selain itu, beberapa pameran kereta dan motosikal khas turut memeriahkan acara. 

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...