Fuglsang tawan puncak peringkat ke-16

MADRID, 10 SEPT – Pelumba Denmark, Jakob Fuglsang melengkapkan penamat puncak peringkat ke-16 Vuelta a Espana secara solo awal pagi tadi, sementara Primoz Roglic dari Slovenia melebarkan kelebihannya di puncak kedudukan keseluruhan.

Fuglsang, 34, memecut di pendakian terakhir ke awan tebal di altitud 1,600m di utara Sepanyol.

Pelumba berpotensi dari Britain dan Ineos , Tao Geoghegan Hart, 24, nyaris meraih kemenangan berturut-turut, menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Bagi melindungi pendahuluan besarnya, Roglic berjaya melebarkan kelebihannya dengan 23 saat ke atas pesaing terdekatnya, Alejandro Valverde kepada 2 minit dan 48 saat dengan hanya berbaki lima peringkat lagi.

Roglic memanfaatkan pergelutan pendakian terakhir antara Miguel Lopez dan Tadej Pogacar yang masing-masing berada di kedudukan keempat dan ketiga pada kedudukan keseluruhan.

Lopez melancarkan beberapa pecutan agresif, dengan Pogacar terus menyainginya. Roglic tidak terkecuali, sementara Valverde semakin tidak bermaya ketika perlumbaan mula menghampiri garisan awan dan suhu jatuh. – AFP

Jakob Fuglsang meraikan kejayaannya selepas melintasi garisan penamat peringkat ke-16 Vuelta a Espana. – AFP