Fujian dilanda taufan Mekkhala

FUZHOU, 11 OGOS – Mekkhala, taufan keenam tahun ini, membadai wilayah Fujian timur China pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa meteorologi.

Diikuti kekuatan angin maksimum 33 meter sesaat, Mekkhala mendarat di kawasan pesisir wilayah Zhangpu di rantau itu sekitar 7.30 pagi Selasa.

Pihak berkuasa meteorologi meramalkan taufan akan bergerak ke arah barat laut dan beransur perlahan. – Bernama