Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    FUN rai IWD

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 MAC – Lebih daripada 60 wanita dari pelbagai latar belakang baru-baru ini telah menyambut Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang diadakan di Restoran Santuari Beachside di Kelab Panaga.

    Dianjurkan oleh kelab Friends United Network (FUN), satu subseksyen di Kelab Panaga, para wanita yang menghadiri acara itu disambut oleh Pengerusi FUN, Preety Tyagi.
    Preety menerangkan bahawa acara tersebut adalah satu peluang bagi wanita untuk berkumpul dan beramah mesra sempena sambutan IWD.

    “Ia adalah pagi yang cerah dan bersinar di tepi pantai, di mana sekumpulan wanita antarabangsa meluangkan masa bersama bagi menyambut IWD,” tambahnya.

    Beberapa aktiviti yang dijalankan termasuk ucapan mengenai wanita dan persaudaraan, meraikan kesaksamaan, bermain pelbagai permainan dan tarian yang menyeronokkan, serta upacara memotong kek bagi memperingati acara tersebut.

    Dalam menganjurkan acara tersebut, Preety menyatakan bahawa FUN sentiasa memberi tumpuan untuk mencari bakat dan menyediakan platform yang baik dengan menganjurkan acara dan seminar bagi wanita dan masyarakat bagi mempamerkan dan berkongsi kemahiran, pengetahuan, dan bakat mereka dengan orang lain.

    Sehubungan dengan itu, katanya, lebih banyak acara yang menarik akan diadakan pada tahun ini, terutamanya kelas-kelas memasak, acara kesihatan dan kecergasan, peluang berekreasi, beberapa acara pendidikan dan sosial yang menyeronokkan.

    Gambar ramai sekumpulan wanita antarabangsa semasa acara berkenaan. – Gambar serahan FUN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...