Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

‘Funminton’ serlah bakat baharu

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Penganjuran Perlawanan Bulu Tangkis ‘Funminton’ berjaya menyerlahkan bakat dan menampilkan potensi lebih 40 orang pemain badminton pada perlawanan yang mengambil tempat di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong, baru-baru ini.

Kejohanan sehari itu berformatkan ‘double knockout’ dan telah dimenangi oleh pasangan Dr Adam Haji Jait dan Adib Merun yang berjaya menewaskan pasangan Jurainah dan Mimi Mahmud pada perlawanan peringkat akhir.

Penaja kejohanan, Dayang Noraffah binti Haji Jait menjelaskan bahawa perlawanan berkenaan memberi peluang kepada pemain muda untuk menyertai sebarang kejohanan di samping mencari bakat baharu.

Beliau turut melahirkan rasa gembira atas penyertaan yang memberangsangkan yang menandakan keutuhan jalinan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Dayang Noraffah bergambar ramai dengan pemain badminton yang menyertai acara ‘Funminton’, baru-baru ini.
Artikel sebelum iniMesyuarat fokus perangi dadah
Artikel seterusnyaIntan Ladyana jaga batasan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -