Fury harus hadapi Whyte

LOS ANGELES, 8 DIS – Juara heavyweight dunia Tyson Fury (gambar) harus berdepan Dillian Whyte untuk mempertahankan gelaran juara selepas keputusan dibuat oleh Majlis Tinju Dunia (WBC), hari ini.

Pihak WBC berkata Whyte sekarang telah diatur menjadi pencabar tetap melawan Fury, yang mempertahankan gelaran selepas kemenangan knockout menentang Deontay Wilder di Las Vegas pada Oktober lepas.

“Pihak WBC kini mengarahkan memulakan rundingan menurut peraturan-peraturan bagi perlawanan wajib antara juara heavyweight Dunia WBC Tyson Fury dan pencabar, juara dunia sementara WBC Dillian Whyte,” penyataan WBC di dalam Twitter mereka.

Pada awalnya di Oktober, WBC berkata Fury hanya akan hadapi Whyte jika dia tidak mampu mengatur perlawananan bagi gelaran juara dunia undisputed semasa menentang Oleksandr Usyk dari Ukraine, WBC Bersatu, IBF dan Juara Kelas Berat WBO.

Walau bagaimanapun selepas perundingan selama 30 hari bagi perjanjian mereka tamat tempoh, WBC sekarang memasukkan Whyte sebagai lawan Fury seterusnya.

Bulan lepas Whyte telah menuduh Fury ‘melarikan diri’ daripada perlawanan yang telah dirancang. “Fury dimestikan berlawan dua kali dengan saya, dia selalu membuat alasan,” Whyte memberitahu Sky Sports.

“Saya berharap sekarang dia tidak ada pilihan lain.

“Apa yang dia hendak buat? Buang gelaran ke tong sampah dan lari daripada duit yang banyak dibandingkan dia dapat melawan Wilder?” – AFP