MANCHESTER, 22 Sept – Hughie Fury berharap untuk membuat kejutan selepas tidak aktif selama 17 bulan dan merampas gelaran heavyweight dunia dari Joseph Parker untuk mangsa pengeboman Manchester Arena.
Petinju Inggeris itu mencabar Parker dari New Zealand Sabtu ini bagi tali pinggang Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) dalam pertarungan tinju pertama di venue tersebut sejak serangan ngeri yang mengorbankan 22 orang, sebahagian besarnya kanak-kanak, dan mencederakan ramai yang lain di akhir konsert bintang pop, Ariana Grande pada 22 Mei.
Fury, yang berasal dari bandar barat laut Manchester dan merupakan sepupu kepada bekas juara heavyweight dunia, Tyson Fury, mahu memenangi tali pinggang itu dan mendedikasikannya kepada mangsa-mangsa serangan.

“Malam itu akan menjadi malam yang sangat penting dan ia sangat bermakna untuk saya,” kata Fury kepada para wartawan.
“Hati saya ke arah keluarga mangsa dan pada 23 September saya akan membawa tali pinggang untuk mereka, memerikan kebanggaan dan keceriaan kembali ke Manchester.
Tetapi Fury, yang mempunyai rekod profesional 20 kemenangan dan tanpa kalah dengan 10 knockout, tidak aktif sejak 30 April tahun lepas kerana penyakit kulit yang menyebabkannya tidak boleh menjalani latihan. – AFP