Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fury, Wilder bergaduh di sidang media

    LAS VEGAS, 7 OKT – Pertemuan Tyson Fury dan Deontay Wilder terpaksa dileraikan ketika insiden mencaci dengan kata-kata kesat terjadi dalam sidang media terakhir hari ini bagi pertembungan merebut gelaran heavyweight dunia.

    Fury mempertaruhkan tali pinggang Majlis Tinju Dunia di Las Vegas Sabtu ini apabila dia berdepan Wilder buat kali ketiga, 20 bulan selepas menumbangkan petinju Amerika Syarikat (AS) itu dalam pertemuan kedua mereka.

    Pada sidang media hari ini, yang disiarkan secara langsung di televisyen AS telah menyaksikan keadaan menjadi tegang apabila Fury mengejek Wilder selepas kekalahan kepada ‘Gypsy King’ itu tahun lalu.

    Ketika kemarahan semakin meningkat, penganjur mahu membawa kedua-dua petinju untuk bersemuka yang juga acara tradisi sukan itu sebelum promoter Fury, Bob Arum membatalkannya bagi menenangkan keadaan.

    Fury dan Wilder yang juga bergaduh ketika sidang media menjelang pertemuan pertama mereka di Los Angeles pada 2018 dipisahkan di pentas tidak lama selepas itu.

    Juara heavyweight WBC, Tyson Fury semasa menghadiri sidang media di MGM Grand Garden Arena semalam di Las Vegas, Nevada. Fury akan mempertahankan gelarannya menentang Deontay Wilder pada 9 Oktober ini di T-Mobile Arena di Las Vegas. – AFP

    Wilder menuduh Fury sebagai menipu semasa pertarungan terakhir mereka.

    Wilder juga menuduh Fury mengubah sarung tangannya untuk pertarungan kedua di mana Fury mendominasi pertarungan dengan tujuh pusingan kalah mati untuk menimbulkan lebih banyak kerosakan.

    Wilder juga menuduh bekas jurulatih Mark Breland mengaibkan dirinya dan juga menyalahkan kostum berat yang digunakan semasa berjalan kerana membuatnya letih.

    Wilder menepis pelbagai tuntutan penipuan itu ketika disoal kelmarin.

    “Saya tahu banyak perkara. Saya mempunyai pengesahan dan penjelasan mengenai banyak hal.

    Lelaki berbohong, wanita berbohong, tetapi mata awda tidak menipu apa yang mereka lihat,” kata Wilder. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda