Fusionex buat lonjakan ‘GIANT’

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Fusionex, penyedia teknologi data yang memenangi pelbagai anugerah, disenarai pendek dalam laporan firma penyelidikan dan penasihat global Gartner 2018 bagi ‘Vendor Lain untuk Dipertimbang bagi Analitis Moden dan BI’.

Laporan itu mengiktiraf platform penemuan data dan analitis Fusionex, GIANT, sebagai pemain contoh antarabangsa dalam Analitis dan Perniagaan Risikan (A&BI). Laporan itu juga menyenaraikan Google, Splunk dan Amazon dalam pelbagai kategori.

GIANT menawarkan keupayaan moden yang progresif dan khusus dalam analitis penstriman, yang juga merupakan platform pantas untuk maklumat penyelesaian menyeluruh dengan pelbagai fungsi, daripada penyediaan data dan visual sehinggalah kepada analitis unjuran dan preskriptif.

Platform itu yang terkenal kerana mudah digunakan, menyokong pelbagai rangkaian aliran kerja analitik penuh dan keupayaan servis layan diri yang meningkatkan keberkesanan bahagian IT perniagaan.

Menerusi fungsi Pertanyaan Pintar (Smart Query), pengguna dapat mengajukan pertanyaan dalam bahasa asal dan mendapat maklumat segera, menurut kenyataan itu.

“Kami berbesar hati kerana Fusionex telah disebutkan dalam laporan Gartner. Pasukan kami komited untuk terus meningkatkan penawaran bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin berkembang,” kata Pengasas Fusionex dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Ivan Teh. – Bernama