Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Fuzhou kukuh tempat kedua Kumpulan B

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Persatuan Fuzhou Shiyyi berjaya mengukuhkan cengkaman mereka di tempat kedua dalam Kumpulan B Piala Bola Keranjang You-C1000 2022 selepas menewaskan Pegasus dalam kemenangan 78-61 di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) di Batu Bersurat, hari ini.

    Pegasus merupakan pesaing terdekat mereka semasa di pusingan kelayakan dan kemenangan akan membantu usaha mereka untuk menduduki tempat kedua di belakang pemenang kumpulan, TK Tea House.

    Dengan baki satu lagi perlawanan, kemenangan menentang Fateh Sdn Bhd esok akan memastikan mereka sebagai naib juara tanpa mengira keputusan dalam perlawanan kumpulan terakhir Pegasus.

    Menamatkan peringkat kumpulan di tempat kedua adalah penting bagi kedua-dua buah pasukan jika mereka mengelak pertemuan dengan juara bertahan dan pasukan pilihan pra-kejohanan, Easyway di peringkat kalah mati.

    Walaupun suku pertama perlawanan berlangsung dengan sengit, Persatuan Fuzhou tidak lama kemudian mempamerkan aksi cemerlang tanpa mahu menyerah kalah.

    Pemain Persatuan Fuzhou, Lim Liang Wei menyumbang jaringan untuk pasukannya dengan 25 mata manakala Ahmad Termizi menyumbang 22 mata.

    Saingan akan disambung hari ini dengan Persatuan Fuzhou mengintai bagi mendapatkan tempat kedua menentang Fateh Sdn Bhd.

    Aksi yang dipamerkan pemain semasa perlawanan di antara Persatuan Fuzhou Shiyyi menentang Pegasus kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...