KUMPULAN G-Friend terlibat dalam kemalangan kereta ketika mereka sedang menuju ke konsert Incheon K-pop 2017.
Kemalangan tersebut berlaku berdekatan dengan stadium Incheon Munhak.
Bahagian depan kereta yang dipandu mengalami kerosakan.
Bagaimanapun menerusi laporan dipetik dari Soompi, ahli kumpulan tersebut tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Agensi mereka memberitahu kini kesemua ahli berada di hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Sehingga kini, masih belum ada berita terbaru mengenai mereka.
Akibat insiden tersebut, mereka tidak dapat hadir ke konsert yang diadakan pada hari itu.