Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    G20 gagal capai kesepakatan

    NUSA DUA, 8 JULAI – Diplomat-diplomat tertinggi dari negara kaya dan maju terbesar dunia hari ini gagal mencapai kesepakatan mengenai perang Rusia di Ukraine dan bagaimana menangani impak global, membawa kepada prospek tidak menentu bagi kerjasama masa depan di forum itu.

    Dalam rundingan yang keseimbangannya tergugat akibat dua perkembangan politik tidak berkaitan dan tidak dijangkakan, termasuk pembunuhan mengejutkan bekas perdana menteri Jepun, pada mesyuarat di pulau peranginan Bali, Indonesia itu, menteri-menteri luar negara Kumpulan 20 (G20) telah mendengarkan rayuan penuh emosi bagi perpaduan dan menamatkan perang daripada hos, Indonesia.

    Walau bagaimanapun, kesepakatan sukar dicapai di tengah-tengah perpecahan mendalam Timur-Barat yang dipacu oleh China dan Rusia pada sebelah pihak dan Amerika Syarikat serta Eropah di satu lagi pihak.

    Tiada foto kumpulan dirakamkan atau tiada pernyataan muktamad dikeluarkan seperti yang dibuat dalam tahun-tahun sebelumnya, dan pertelingkahan tampak menular khususnya antara Rusia dan peserta Barat.

    Mesyuarat turut digegarkan dengan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, membuatkan setiausaha luarnya, Liz Trusso meninggalkan Bali.

    Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi semasa berucap pada pembukaan sidang menteri-menteri luar G20 di Bali, Indonesia. – AP

    Dalam masa yang sama, bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe ditembak. Abe meninggal dunia akibat kecederaan.

    Kedua-dua Johnson dan Abe amat dikenali dalam keluarga G20, selepas menyertai pelbagai persidangan sama dan kemuncak pemimpin sebelum ini.

    Salah satu matlamat mesyuarat hari ini adalah untuk menggariskan rangka kerja bagi sidang kemuncak G20 yang akan datang pada November, turut dianjurkan Indonesia.

    Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menggesa kumpulan – termasuk Lavrov, Menteri Luar China, Wang Yi, Blinken dan beberapa rakan Eropah – untuk menghapuskan ketidakpercayaan bagi kepentingan bumi yang berha-dapan pelbagai cabaran daripada koronavirus sehinggalah perubahan iklim dan juga perang Ukraine.

    “Dunia belum lagi pulih daripada pandemik tetapi kita sudah berhadapan satu lagi krisis – perang di Ukraine,” kata Marsudi.

    “Kesan rantaiannya boleh dirasakan di seluruh dunia dalam aspek makanan, tenaga dan ruang fizikal,” tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...