G7 akan adakan sidang video berkaitan koronavirus Rabu ini

PARIS, 2 MAC – G7 dan kementerian-kementerian kewangan zon Eropah akan mengadakan persidangan video Rabu ini untuk ‘mengkoordinasi tindak balas’ mengenai impak koronavirus kepada ekonomi global, menurut Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire hari ini.

“Kami akan mengadakan pertemuan melalui telefon kerana kami ingin menghadkan perjalanan dengan sebanyak mungkin, untuk perjumpaan G7 untuk mengkoordinasi tindak balas,” Le Maire bercakap kepada media.

Beliau bercakap satu persidangan video bersama menteri-menteri kewangan zon Eropah juga akan diadakan pada hari Rabu, menambah ‘langkah-langkah yang akan diambil’.

Sementara itu, ketua pusat bank Perancis berkata kerajaan sepatutnya mengambil langkah-langkah tersebut dan bukannya bank pusat. Penularan koronavirus, yang telah membunuh seramai 3,000 orang dan menjangkiti 90,000 yang lain, telah menjejaskan perniagaan, menurut ketua Banque de France, Francois Villeroy de Galhau memberitahu media.

Le Maire turut menjamin kerajaan Perancis akan memberikan sokongan yang sepatutnya kepada syarikat-syarikat domestik.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian dan Menteri Ekonomi, Bruno Le Maire ketika menghadiri majlis pertahanan berkaitan situasi COVID-19 di Paris pada 29 Februari lalu.- AFP

“Kami akan menunjukkan sokongan sepenuh kepada peniaga yang menerajui kami,” kata beliau sambil memberi jaminan bahawa kerajaan sudah membuat keputusan kepada pembekal yang terjejas disebabkan oleh koronavirus.

Le Maire turut berkata bahawa impak koronavirus kepada ekonomi Perancis akan lebih besar berbanding sebelum ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pasaran Dalaman EU, Thierry Breton, berkata koronavirus boleh membawa Jerman dan Itali kepada kemelesetan.

“Ia masih terlalu awal, tetapi untuk permulaan kita boleh katakan ia akan membawa kemelesetan barangkali kepada Itali dan Jerman…untuk suku pertama tahun ini,” menurut Breton memberitahu media.

Ekonomi Jerman berjaya mengelak dari kemelesetan dengan peningkatan rata pada akhir suku tahun lepas. – AFP