Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    G7 seru penggunaan AI generatif secara ‘bertanggungjawab’

    HIROSHIMA, 21 MEI – Dunia mesti segera menilai impak kecerdasan buatan (AI) generatif, kata pemimpin G7 kelmarin, mengumumkan mereka akan mengadakan perbincangan tahun ini mengenai penggunaan teknologi yang ‘bertanggungjawab’.

    Satu kumpulan kerja akan ditubuhkan untuk menangani isu daripada hak cipta kepada maklumat palsu, kata tujuh ekonomi terbesar dunia itu dalam kenyataan terakhir yang dikeluarkan semasa sidang kemuncak di Hiroshima, Jepun.

    AI penjanaan teks seperti ChatGPT, pencipta imej dan muzik yang digubah menggunakan AI telah mencetuskan kegembiraan, kebimbangan dan pertikaian undang-undang apabila pencipta menuduh mereka mengambil bahan tanpa kebenaran. – AFP

     

    Aplikasi ChatGPT dipaparkan pada iPhone di New York baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -