Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gabenor bantu banteras kecurian landasan rel

    LOS ANGELES, 21 JAN – Gabenor California, Gavin Newsom menjanjikan penyelarasan di seluruh negeri ketika penguatkuasa undang-undang dan pendakwa raya memburu pencuri yang telah menyerbu kontena kargo di dalam kereta api berhampiran pusat bandar Los Angeles selama berbulan-bulan, meninggalkan landasan dengan kotak yang dibuang.

    Gabenor kelmarin menyertai kru pembersihan dari Jabatan Pengangkutan negeri mengisi berpuluh-puluh beg sampah dengan kadbod hancur daripada bungkusan yang dicuri dalam perjalanan dari peruncit kepada orang ramai di seluruh Amerika Syarikat (AS).

    Minggu lalu stesen berita TV menyiarkan rakaman video yang menunjukkan beribu-ribu kotak berselerak dibuang pencuri di sepanjang laluan kereta api Union Pacific di timur laut pusat bandar di kawasan Lincoln Park. Rakaman daripada NBC4 menunjukkan dua lelaki, seorang memegang apa yang kelihatan seperti pemotong bolt, berjalan di sepanjang landasan.

    “Ia kelihatan seperti negara dunia ketiga, imej-imej ini, imej dron yang menjadi berita setiap malam,” kata Newsom kepada pemberita yang berkumpul kelmarin di sepanjang landasan yang dibersihkan.

    Gabenor berkata cadangan belanjawan baharunya termasuk dana untuk mengembangkan Pasukan Petugas Kecurian Runcit Terancang yang diwujudkan tahun lepas apabila Los Angeles, San Francisco dan bandar-bandar lain melihat kumpulan pencuri terancang berkeliaran melakukan rompakan di kedai runcit. – AP

    Gavin Newsom menjanjikan penyelarasan di seluruh negeri ketika penguatkuasa undang-undang dan pendakwa raya memburu pencuri yang telah menyerbu kontena kargo di dalam kereta api berhampiran pusat bandar Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...