Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabenor California ketatkan perintah berkurung

    LOS ANGELES, 24 MAC – Gabenor Gavin Newsom telah mengetatkan perintah berkurung di California kelmarin, dengan menutup kawasan letak kereta di kawasan pantai-pantai dan taman-taman, di negeri yang mempunyai populasi tertinggi di Amerika Syarikat (AS) selepas berpuluh-puluh ribu orang mengabaikan perintah penjarakkan sosial pada hujung minggu lalu.

    Negeri tersebut telah mengeluarkan perintah untuk terus berada di rumah, tetapi menerusi imej kelihatan orang ramai turun ke pantai-pantai seperti di Malibu dan Santa Monica tular di media sosial pada Ahad lepas.

    “Saya mempunyai sedikit kerisauan, seperti yang anda saksikan siaran berita di mana orang ramai telah memenuhi taman-taman, berada di luar pantai California yang cantik,” kata Newsom.

    “Kami akan menutup kesemua kawasan letak kereta di seluruh negeri” dengan serta-merta, beliau menambah, “kami tidak akan membenarkan perkara yang berlaku pada hujung minggu lalu berulang kembali.”

    California, salah sebuah kawasan yang paling teruk terjejas di AS, mencatatkan lebih 1,700 kes, termasuk sekurang-kurangnya 27 kematian.

    Minggu lalu, Newsom mengarahkan kesemua penduduk untuk berada di rumah, mengharamkan aktiviti-aktiviti penting dan sentiasa mengawal penjarakkan sosial.

    Tetapi arahan tersebut tidak dikuatkuasakan oleh pihak polis, dengan Newsom mengharapkan orang ramai melakukan kawalan diri sendiri.

    “Kami perlukan anda membantu diri sendiri, lebihkan usaha berbanding orang-orang yang keluar pada hujung minggu,” kata Newsom kelmarin, menggelar langkah baharu itu satu langkah ‘penutupan berlembut.’ -AFP

    Orang ramai melanggar perintah berkurung yang dikenakan di California dengan mengunjungi tempat-tempat awam seperti pantai di Malibu dan Santa Monica, menyebabkan gabenor California mengetatkan perintah berkurung. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda