Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Gabenor jadi guru sandaran

    LOS ANGELES, 27 JAN – Gabenor New Mexico mula bekerja kelmarin sebagai guru sandaran, menggantikan salah seorang daripada ribuan pendidik di seluruh Amerika Syarikat (AS) yang telah diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19.

    Michelle Lujan Grisham – seorang peguam melalui latihan – menukar rumah agam gabenor kepada bilik darjah sebagai sebahagian daripada inisiatif “Menyokong Guru dan Keluarga” yang direka untuk menutup jurang dalam kakitangan di sekolah dan penjagaan kanak-kanak di seluruh negeri.

    “Ia mungkin salah satu hari terbaik dalam seluruh kerjaya saya,” kata Grisham selepas loceng akhir sekolah berbunyi.

    “Ia lebih mudah daripada menguruskan kabinet,” katanya menyindir, tetapi “ia lebih rumit daripada yang saya jangkakan.”

    Minggu lalu, Grisham mengeluarkan rayuan agar pekerja negeri dan tentera Pengawal Kebangsaan mendaftar sebagai guru sandaran berlesen dan pekerja penjagaan kanak-kanak.

    “Sekolah kami adalah sumber kestabilan yang penting untuk anak-anak kami, kami tahu mereka belajar terbaik di dalam bilik darjah dan berkembang maju dengan kehadiran rakan sebaya mereka,” kata gabenor itu dalam satu kenyataan mengumumkan program tersebut.

    AS sedang menghadapi gelombang jangkitan COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya, didorong oleh varian Omicron yang sangat menular.

    Hampir lima juta kes baharu dicatatkan minggu lalu, dengan New Mexico antara negeri yang terjejas teruk.

    Hampir separuh daripada daerah sekolah di barat daya negeri itu terpaksa kembali ke kelas dalam talian dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan guru dan ahli fakulti terpaksa mengasingkan diri selepas dijangkiti atau menjadi kontak rapat orang yang positif COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...