Gabenor Jerman dikritik gagal atasi wabak virus

DUESSELDORF, JERMAN, 24 JUN – Gabenor negeri yang mempunyai paling ramai penduduk di Jerman berdepan kritikan hari ini berhubung pengendalian beliau dalam wabak koronavirus di sebuah rumah penyembelihan, tatkala lockdown separa dikenakan di sebahagian rantau barat.

Kerajaan negeri North Rhine-Westphalia semalam mengumumkan pelaksanaan semula langkah lockdown di daerah Guetersloh, tempat terletaknya rumah penyembelihan Toennies di Rheda-Wiedenbrueck, dan daerah jiran Warendorf, di mana kebanyakan pekerjanya tinggal. Kedua-dua daerah mempunyai lebih 600,000 penduduk.

Lebih daripada 1,000 jangkitan telah dikaitkan dengan rumah penyembelihan, dan gabenor Armin Laschet berkata sekatan dikenakan selama seminggu untuk ‘menenangkan keadaan,’ menambah ujian dan memutuskan sama ada virus telah menular di luar pekerja.

Pembangkang politik dan pengkritik lain berkata beliau sepatutnya bertindak lebih awal. Laschet, yang juga calon pencabar parti kepimpinan Canselor Angela Merkel, dan kemungkinan mengganti Merkel sebagai pemimpin Jerman, telah menjadi penyokong utama sejak pelonggaran sekatan koronavirus pada April. – AP

Gabenor Armin Laschet menyampaikan ucapan semasa sesi parlimen di negeri North Rhine-Westphalia di Duesseldorf, Jerman kelmarin. – AP