Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabenor lantik wanita sebagai naibnya

    TOKYO, 29 Sept – Gabenor Tokyo Yuriko Koike bakal melantik pegawai kanan wanita sebagai naib gabenor yang baharu dan buat pertama kali wanita dilantik memegang jawatan itu selepas 22 tahun, sumber media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

    Koike dikhabarkan akan melantik ketua biro perakaunan Junko Inokuma dan ketua perancangan dasar di pejabat gabenor Akira Hasegawa sebagai wakil gabenor, kedua-duanya menggantikan tiga daripada empat penyandang.

    Cadangan itu akan dikemukakan ke perhimpunan bandar raya pada Khamis depan.

    Tindakan Koike yang juga wanita pertama memimpin ibu negara Jepun itu, mencerminkan hasratnya untuk memperkasakan wanita, kata pemerhati.

    Berita mengenai pelantikan berkenaan di tengah khabar angin bahawa Koike bakal bertanding dalam pilihan raya akan datang. Awal minggu ini Koike melancarkan partinya “Kibou no To” (Party of Hope).

    Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membubarkan parlimen pada Khamis bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

    Pilihan raya dijadual diadakan pada 22 Oktober dan kempen bermula pada 10 Oktober.

    Koike seorang ahli politik berpengalaman pernah berkhidmat sebagai anggota parlimen antara 1993 dan 2016 sebelum meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya gabenor yang menyaksikan kemenangannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda