Gabenor OPEC Iran koma

TEHRAN, 4 MEI – Gabenor OPEC Iran, Hossein Kazempour-Ardebili jatuh koma selepas mengalami pendarahan otak, menurut kementerian minyak negara itu.

“Kazempour Ardebili kini dalam koma. Dia dimasukkan ke hospital pada Jumaat kerana pendarahan otak teruk,” kata kementerian dalam tweetnya kelmarin. “Semoga tuhan mengurniakan kesembuhan ke atasnya,” katanya, tanpa memberikan butiran lanjut.

Ahli politik veteran itu dilantik gabenor Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dalam 1985. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai duta republik Islam itu ke Jepun dalam 1990-1995. – AFP