Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Gabenor Taliban Afghanistan terbunuh dalam serangan nekad

    AFGHANISTAN, 9 MAC – Gabenor Taliban di wilayah Balkh Afghanistan, terkenal kerana berperang menentang pejuang jihad Islamic State (IS), terbunuh dalam serangan berani mati di pejabatnya hari ini, kata pegawai.

    Pembunuhan itu, sehari selepas dia bertemu pegawai tinggi kerajaan yang melawat dari Kabul, menjadikan Mohammad Dawood Muzammil salah seorang figura tertinggi yang terbunuh sejak Taliban kembali berkuasa pada 2021.

    Keganasan di seluruh Afghanistan telah menurun secara mendadak sejak Taliban merampas kawalan, tetapi keadaan keselamatan kembali merosot dengan IS mendakwa beberapa serangan maut.

    “Dua orang, termasuk gabenor Balkh, Mohammad Dawood Muzammil telah terbunuh dalam satu letupan pagi ini,” kata jurucakap polis tempatan, Asif Waziri kepada AFP, sambil menambah bahawa letupan itu berlaku di tingkat dua pejabatnya, di ibu kota wilayah Mazar-i-Sharif.

    “Ia merupakan serangan berani mati. Kami tidak mempunyai maklumat bagaimana pengebom berani mati itu sampai ke pejabat gabenor,” katanya sambil menambah dua orang turut cedera.

    Letupan berlaku sejurus selepas gabenor tiba di pejabatnya, kata Khairuddin, yang cedera dalam kejadian itu dan di hospital di Mazar-i-Sharif. – AFP

    Seorang lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital selepas letupan bom di Mazar-e Sharif, ibu kota wilayah Balkh, di utara Afghanistan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...