Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Gabenor wanita Islam pertama Thailand tekad banteras dadah

    PATTANI, 8 DIS – Gabenor wanita Islam pertama Thailand, Pateemoh Sadeeyamu komited dalam membanteras penyalahgunaan dan penagihan dadah sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

    Pateemoh, Gabenor Pattani yang baharu mahu bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membasmi penyalahgunaan dadah khususnya di kalangan belia.

    “Kajian mendapati dadah adalah masalah utama mengancam keselamatan negara dan merosakkan masa depan para belia di empat wilayah di selatan Thailand.

    “Statistik daripada pihak penjara mendapati 80 peratus banduan terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah di selatan Thailand. Sehubungan itu, membasmi penyalahgunaan dadah merupakan salah satu fokus saya,” katanya kepada Bernama.

    Sehubungan itu, Pateemoh berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark untuk mengkaji semula peraturan dan polisi kerajaan dalam usaha memerangi gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah.

    Selain itu, beliau berikrar untuk meningkatkan sosioekonomi dan taraf hidup penduduk tempatan. 

    Pateemoh, 57, adalah antara 37 pegawai tinggi dari Kementerian Dalam Negeri dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor pada bulan lepas.

    Bekas timbalan gabenor Phatthalung, Narathiwat dan Yala itu mempunyai pengalaman luas dan pemahaman mendalam akan empat wilayah di selatan itu.

    Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah agensi kerajaan tempatan yang menyelaraskan pentadbiran wilayah sempadan selatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...