Gabon, syurga Afrika yang menakjubkan

TERLETAK di benua Afrika, Gabon merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak utama di benua tersebut dan telah diperintah selama lebih dari 50 tahun oleh keluarga Bongo.

Presiden ketika ini, Ali Bongo, yang telah mengambil alih jawatan dari ayahnya pada tahun 2009, berehat untuk seketika sejak bulan Oktober yang lalu berikutan mengalami strok semasa berada di Arab Saudi.

Berikut adalah gambaran yang penting mengenai salah sebuah negara di benua Afrika yang boleh dikatakan sangat subur dan kaya dengan sumber minyak.

Di khatulistiwa

Melintasi khatulistiwa di kawasan pantai Atlantik di Afrika, Gabon berkongsi sempadannya dengan Congo Brazzaville, Cameroon dan Equatorial Guinea. Negara bekas jajahan Perancis ini, merangkumi kira-kira 268,000 kilometer persegi dengan populasi yang dianggarkan lebih dari dua juta, menurut Bank Dunia pada tahun 2017.

Satu dari dua orang penduduk Gabon adalah berusia di bawah 20 tahun. Sebanyak 80 peratus penduduknya adalah beragama Kristian, manakala penduduk yang beragama Islam dan Animis adalah sebanyak 20 peratus.

Negara bekas jajahan Perancis ini, merangkumi kira-kira 268,000 kilometer persegi dengan populasi yang dianggarkan lebih dari dua juta, menurut Bank Dunia pada tahun 2017. – Agensi

Sebanyak 80 peratus penduduknya adalah beragama Kristian, manakala penduduk yang beragama Islam dan Animis adalah sebanyak 20 peratus. – Agensi

Pemerintahan keluarga Bongo

Gabon telah sekian lama menikmati kestabilan politik sejak kemerdekaannya pada tahun 1960 dan hanya mempunyai tiga presiden lebih dari setengah abad, dua daripadanya adalah dari sebuah keluarga. Selepas presiden nasional, Leon M’Ba, Omar Bongo mengambil alih kuasa pemerintahan pada tahun 1967 dan memerintah selama 41 tahun, ia menjadikannya pemerintah ketiga paling lama di benua Afrika moden.

Sekutu terdekat Perancis di Afrika, Bongo merupakan tokoh utama dalam rangkaian perdagangan dan hubungan politik antara Perancis dan bekas jajahannya itu yang dikenali sebagai ‘FrancAfrique’. Apabila Bongo meninggal dunia pada tahun 2009, anak lelakinya, Ali telah dipilih, memenangi penggal kedua undian pemerintahan pada tahun 2016 setelah pemerintahan negara itu jatuh kepada sistem undian.

Ali Bongo berusia 59 tahun mengalami strok pada 24 Oktober semasa berada di Arab Saudi dan belum berada di Gabon sehingga ke hari ini serta menjalani sesi pemulihan di tanah Maghribi.

Kuasa minyak yang mencabar

Gabon merupakan pengeluar minyak sejak tahun 1960an, menjadikannya sebuah negara yang maju di tengah benua Afrika. Sebelum kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2015, pengeluar emas hitam mewakili 45 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Gabon, tetapi nilai pengeluaran ini jatuh kepada 27 peratus pada tahun 2017.

Krisis ekonomi yang melanda negara itu sejak tahun 2015 telah mengakibatkan lagi isu pengangguran, tindakan mogok, syarikat pengeluar menjadi lembap dan langkah-langkah penjimatan telah dikenakan kepada pekerja. Dalam usaha untuk mengurangkan lagi kebergantungan terhadap minyak, Gabon telah berusaha lagi untuk mempelbagaikan lagi ekonominya.

Selepas mengambil alih kuasa, Ali Bongo telah melancarkan beberapa projek pembinaan, seperti rumah sakit dan jalan raya, tetapi beberapa projek telah dihentikan kerana kekurangan dana atau sumber. Walaupun kaya dengan sumber semula jadi, sekitar satu pertiga daripada penduduk Gabon masih hidup di bawah garis kemiskinan.

Kekayaan semula jadi

Hutan Gabon merangkumi kira-kira 80 peratus wilayahnya, sekali gus menjadikan Gabon sangat kaya dengan kehidupan liar yang luar biasa dan biodiversiti yang menakjubkan malah negara ini berusaha untuk mengeksploitasi kehebatan itu dengan memperkenalkan industri ekopelancongan seperti pameran habitat gorila, cimpanzi, panthers, gajah dan kuda nil liar.

Pada tahun 2002, Omar Bongo telah membina 13 taman kebangsaan baharu yang meliputi sekitar 11 peratus Gabon bagi melindungi hidupan liar dan hutan daripada pembalakan yang berlebihan.

Gabon juga merupakan pengeluar kedua terbesar ‘manganese’ dan hutan rimbanya menyediakan 12 peratus daripada eksport kayu global, termasuk kayu keras tropika yang sentiasa didambakan oleh orang ramai khususnya pihak antarabangsa. – AFP