Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Gabriel Jesus buktikan kebolehan

    WASHINGTON, 17 JULAI – Gabriel Jesus yang melengkapkan perpindahannya ke Arsenal baru-baru ini, mempamerkan aksi cemerlang dengan membuka jaringan dalam kemenangan perlawanan persahabatan 2-0 ke atas Everton di Baltimore, Maryland kelmarin.

    Penyerang Brazil, Jesus, yang ditandatangani dari Manchester City dengan bayaran kira-kira AS$54 juta itu, juga membuktikan kebolehannya kepada Arsenal sebelum ini dengan jaringan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Jerman, Nuremberg pada Jumaat lalu.

    Tetapi perlawanan antara saingan Liga Perdana Inggeris yang dihadiri oleh seramai 39,245 orang penonton di Stadium M&T Bank iaitu laman pasukan Baltimore Ravens NFL itu, adalah permulaan pertamanya sejak perpindahan ke Arsenal menyaksikan dia bersatu semula dengan pengurus Mikel Arteta, yang merupakan pembantu Pep Guardiola di City sebelum mengambil alih tugas di Stadium Emirates.

    Jesus membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi sepakan sudut Martin Odegaard.

    Selepas mengawal bola dengan sentuhan yang baik, Jesus menerjah bola ke atas bumbung jaring yang dikawal oleh pemain Everton. Tiga minit kemudian, Bukayo Saka menggandakan jaringan dengan percubaannya menemui hujung tiang Everton.

    Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan membuat banyak pertukaran pemain termasuk 11 pemain gantian Everton di bawah kendalian Frank Lampard.

    Persediaan awal kedua-dua buah pasukan bagi permulaan musim Liga Perdana pada 5 Ogos diteruskan di Stateside, dengan Everton seterusnya menentang Minnesota United dari MLS di Minneapolis. Arsenal pula akan menentang Orlando City MLS dan saingan Liga Perdana, Chelsea di Florida. – AFP

    Aksi Gabriel Jesus (tengah) semasa perlawanan persahabatan pramusim di Stadium M&T Bank kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...