Gabungan klasik dan moden

Volkswagen mempunyai sebuah pusat inovasi dan penyelidikan di Silicon Valley, Amerika Syarikat yang sudah beroperasi lebih 20 tahun. Kini, mereka mahu mengangkat pusat itu sebagai kemudahan penyelidikan kenderaan terbesar (bagi Volkswagen) di luar Jerman dan digelar sebagai Pusat Inovasi dan Kejuruteraan California (IECC).

“Masa hadapan Volkswagen Group akan bergantung kepada kejayaan kami untuk membangunkan teknologi baharu yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Semasa kami mengeluarkan kenderaan elektrik dan autonomi generasi baru, inovasi juga akan membuktikan siapa kami sebenarnya,” kata presiden dan CEO Volkswagen Group America, Scott Keogh.

Dilengkapi teknologi moden

Bagi menyambut peristiwa ini, pengeluar dari Jerman tersebut telah memperkenalkan sebuah kereta istimewa yang dipanggil sebagai Type 20 Concept.

Seperti yang anda boleh lihat, ia adalah sebuah van yang dibangunkan menggunakan badan Microbus Type 2 11-tingkap tahun 1962, tapi diterapkan dengan teknologi moden.

Pertamanya, van ini digerakkan oleh kuasa elektrik penuh yang terdiri daripada bateri 10 kWh, pengecas dalaman 2,500 Watt dan motor elektrik yang boleh menghasilkan kuasa 120 hp dan 235 Nm tork. Kemudiannya, bahagian suspensi pula dipasang dengan sistem pneumatik aktif khas yang dibangunkan bersama dengan Porsche dan boleh laras secara sendiri.

Teknologi lain yang dimasukkan adalah seperti sistem pengenalan biometrik untuk mengenal pasti pengguna, pembantu digital yang boleh berkomunikasi dengan orang dan sistem infotainmen holografik pada papan pemuka yang boleh menghasilkan imej 3D tanpa memerlukan pengguna memakai sebarang alat atau cermin mata.

Satu lagi yang menarik jika anda perhatikan lebih dekat, rim, penyokong cermin sisi serta stereng kenderaan ini menggunakan rekaan yang nampak seperti akar.

Ia sebenarnya adalah hasil daripada proses rekaan generatif yang memberikan fokus kepada kekuatan tapi dapat mengurangkan berat, dan menyerupai bentuk organik. – Agensi

Bagi menyambut peristiwa ini, pengeluar dari Jerman tersebut telah memperkenalkan sebuah kereta istimewa yang dipanggil sebagai Type 20 Concept. – Agensi
Seperti yang anda boleh lihat, ia adalah sebuah van yang direka menggunakan badan Microbus Type 2 11-tingkap tahun 1962, tapi diterapkan dengan teknologi moden. – Agensi