Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    GAC bakal tembusi pasaran AS

    DETROIT, 16 Jan – Guangzhou Automobile Group Motor Co. Ltd (GAC) dari China yang turut serta dalam Pameran Auto Antarabangsa Utara Amerika telah mengumumkan rancangan untuk mula menjual kenderaan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 2019.

    Jika syarikat itu mencapai matlamatnya, pengeluar automotif yang berpangkalan di Guangzhou, wilayah Guangdong selatan China akan menjadi syarikat China pertama yang menjual kereta berjenama China di Amerika Syarikat.

    Syarikat itu mula merancang untuk menjual kereta di Amerika pada 2016 dan kini merancang untuk merealisasikan rancangan tersebut. Untuk memastikan ia dapat meningkatkan pasaran kenderan di AS kini dan untuk masa depan, GAC telah menubuhkan pusat R&D April tahun lepas di Silicon Valley. Tapak itu akan mengendalikan pembangunan sistem kenderaan, kereta tanpa pemandu dan teknologi kereta yang baru.

    Wang Qiujang semasa ditemu bual di Pameran Auto Antarabangsa, Detroit. GAC Motor dalam rangka untuk menembusi pasaran AS suku keempat 2019. – AP

    GAC bercadang untuk membuka pusat R&D kedua di Detroit atau di sekitar luar bandar dalam pertengahan tahun ini untuk menumpukan aktiviti pembangunan konvensional juga termasuk studio reka bentuk yang akan berpangkalan di Los Angeles.

    Pengeluar kereta dari China, baru-baru ini meraikan 10 tahun penubuhan pada awal tahun ini dan merancang untuk menubuhkan syarikat pasaran dan menghadiri pameran tahunan Persatuan Peniaga-peniaga Auto Kebangsaan pada Mac nanti sekali gus melihat jika dapat menarik peniaga yang berminat untuk menubuhkan rangkaian pemasaran di Amerika Syarikat.

    Tambahnya, syarikat tersebut mempunyai rangkaian yang kuat di China: Fiat Chrysler Automobiles (FCA). GAC merupakan rakan kongsi FCA di China. Menurutnya, mereka mencapai kepercayaan di Auburn Hills, syarikat yang berpangkalan di Michigan dan percaya pengeluar kereta itu akan menjadi mentor semasa proses pertumbuhan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda