GUADALAJARA, 15 SEPT – Pemain kelayakan Australia, Olivia Gadecki berjaya mara ke final WTA pertamanya setelah menewaskan Camila Osorio 6-2, 6-3 pada separuh akhir di Guadalajara kelmarin. Gadecki akan berdepan pilihan kelima, Magdalena Frech dari Poland, yang mengalahkan Caroline Garcia dari Perancis 7-6 (7/4), 7-5.
Pemenang kejohanan gelanggang keras peringkat 500 itu akan merangkul gelaran WTA pertama mereka hari ini.
Gadecki, 22, sebelum ini tidak pernah melepasi peringkat suku akhir sehingga minggu ini, malah tidak pernah memenangi sebarang perlawanan tahap jelajah sejak Januari. Berada di kedudukan 152 dunia, Gadecki adalah pemain ranking ketiga terendah yang mara ke final WTA tahun ini. Kemenangannya termasuk menewaskan juara Terbuka AS, Sloane Stephens dan pilihan kedua, Danielle Collins.
Dengan pencapaian itu, Gadecki dijamin menyertai kelompok 100 terbaik dunia buat kali pertama apabila ranking baharu dikeluarkan esok.
“Minggu ini sangat istimewa dan berada di 100 teratas adalah sesuatu yang luar biasa dan telah lama saya impikan.
“Rancangan saya hanyalah bermain seperti biasa.” – AFP