Gadis Bangladesh dibakar hingga mati

DHAKA, 19 April – Seorang pelajar perempuan mati dibakar di Bangladesh atas arahan ketua guru selepas pelajar tersebut melaporkannya kerana mengganggunya secara seksual, kata polis kelmarin.

Mangsa, Nusrat Jahan Rafi, 19, mencetuskan protes di seluruh negara Asia Selatan, dengan Perdana Menteri menjanjikan untuk mendakwa semua yang terlibat.

Rafi telah diumpan di atas bumbung seminari Islam di mana mangsa telah diserang dan diugut untuk menarik balik aduan gangguan seksual yang telah difailkan dengan polis.

Walau bagaimanapun Rafi enggan mendengarkan dan seterusnya mangsa disiram dengan minyak tanah dan dibakar.

Berhubung dengan kematian mangsa, menurut polis, salah seorang daripada 17 orang yang ditahan kerana menuduh pemimpin sekolah itu memerintahkan serangan itu.

Rafi telah memberitahu polis pada akhir bulan Mac berhubung dengan gangguan seksual dan beberapa video telah pun dikongsi oleh mangsa kepada ketua polis tempatan, namun polis menolaknya kerana ia sebagai bukan masalah besar. – AFP

Pelajar perempuan memegang gambar Nusrat Jahan Rafi yang mati dibakar setelah mangsa melaporkan kejadian gangguan seksual ke atasnya. – AFP