Gagal bukan pilihan

PRATO NEVOSO, 25 Mei – Pendahulu Giro d’Italia Simon Yates meningkatkan penguasaan tatkala pesaing menyerangnya di puncak curam yang terakhir menuju ke penamat kayuhan peringkat ke-18, yang telah dimenangi oleh pelumba Jerman Max Schachmann selepas satu jarak perpisahan yang jauh.

Sebagai pesaing utama dalam pendakian sejauh 18km, selepas pelumba Jerman berusia 24 tahun itu melepasi garisan penamat, juara bertahan Tom Dumoulin membuat pertaruhan untuk meninggalkan Yates, di mana basikalnya telah mengalami masalah dengan kayuhan berbaki kira-kira sejauh 1.5km.

Kemudian, ketika di atas laluan berbatu pula, pilihan pra perlumbaan, Chris Froome telah melancarkan serangan hebat diikuti oleh Dumoulin dan Domenico Pozzovivo di tempat ketiga, sementara Yates gagal mempertahankan kedudukannya. Sejurus perlumbaan, Dumoulin berkata dia berazam untuk menguji pendahulu Inggeris itu.

Tom Dumoulin (kanan) bersama pelumba lain ketika bersaing pada peringkat ke-18 antara Abbiategrasso dan Prato Nevoso dalam siri Jelajah Itali, kelmarin. – AFP

“Dia kekal bersama ketika serangan pertama saya, kemudian Froome datang menyerang dan saya cuba mengikuti Pozzovivo dan Froome bersama Yates tertinggal.

“Sudah tentu sekali ia hari yang baik namun dua hari akan datang keadaan akan berbeza dan menjadi lebih susah berbanding hari ini,” kata pemimpin Sunweb itu, Yates terpaksa bergelut untuk mengurangkan kecacatan itu, dengan menamatkan 28 saat di belakang Dumoulin dan Froome sehingga mengekalkan separuh kelebihannya.

“Saya masih di hadapan, lebih baik di hadapan berbanding di belakang dan saya akan terus memburu pada peringkat seterusnya,” kata Yates selepas perlumbaan. – AFP