ZURICH, 29 JULAI – Virus telah menyerang zoo Zurich, membunuh tiga gajah Asia dalam sebulan dan menyebabkan pakar bingung memikirkan cara-cara untuk menghentikan penularannya.
Zoo yang menghadap bandar terbesar Switzerland kini hanya mempunyai lima ekor gajah yang merayau-rayau dalam kurungan gajah seluas 11,000 meter persegi.
Gajah jantan berusia dua tahun Umesh menjadi mangsa pertama kepada virus Elephant endotheliotropic herpesvirus (EEHV) pada akhir Jun, disusuli oleh Omysha, 8 tahun, beberapa hari kemudian.
Pada Sabtu lalu, Ruwani, gajah betina berusia lima tahun juga mati akibat virus itu.
Gajah tersebut mati serta-merta akibat virus herpes, yang mengakibatkan gajah Asia dengan pendarahan dalaman dan kerosakan organ.
Dalam kandang, virus itu merupakan ‘punca utama kematian gajah-gajah berusia di antara dua dan lapan tahun,’ beritahu kurator zoo Pascal Marty kepada AFP.
Virus itu juga telah membunuh gajah di hutan, katanya, ‘namun ia lebih sukar untuk dikesan.’
Virus herpes terpendam dalam hampir kesemua gajah di hutan dan dalam kurungan, tetapi dalam sesetengah kes boleh membawa maut secara tiba-tiba, membunuh mangsanya dalam masa beberapa hari sahaja.
“Kami masih tidak tahu kenapa ia berlaku dan bila ia berlaku,” kata Marty. – AFP