NEW DELHI, 8 JAN – Lebih 20 orang cedera, termasuk dua orang parah, apabila seekor gajah mengamuk semasa perayaan keagamaan di negeri Kerala, India, menurut pihak polis.
Kejadian berlaku awal pagi tadi di Tirur, daerah Malappuram, kira-kira 350 kilometer di utara Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala.
“Pada penghujung perayaan tahunan empat hari di B P Angadi, seekor gajah menjadi ganas dan menyerang orang ramai di hadapannya.
Gajah itu menyambar kaki seorang lelaki dan mengayunkannya dengan kuat sebelum melemparkannya ke arah orang ramai,” kata seorang pegawai polis. – Xinhua