COLOMBO, 7 MAC – Gajah yang dianggap paling suci di Sri Lanka mati pada usia 68 tahun kelmarin, menyebabkan orang ramai bersedih dan presiden memerintahkan bangkai gajah itu diawet dan dipelihara untuk generasi akan datang.
Nadugamuwa Raja adalah gajah yang paling penting di kalangan 100 ekor gajah yang dipertandingkan dalam acara tahunan melibatkan pemakan api dan pemain dram, ditugaskan untuk membawa peti emas peninggalan Buddha di belakangnya.
Kelmarin, perarakan berkabung, disertai oleh pelajar sekolah, pendeta dan wanita tua, untuk memberi penghormatan kepada Raja, berdoa dan menyentuh gadingnya sebagai penghormatan.
Presiden Gotabaya Rajapaksa mengeluarkan arahan bahawa haiwan tersebut diisytiharkan sebagai ‘khazanah negara’ dan memerintahkan bangkainya dipelihara ‘untuk tatapan generasi akan datang,’ menurut kenyataan daripada pejabat presiden.
Raja akan diserahkan kepada ahli taksidermi untuk mengisi kulit haiwan itu dengan bahan khas agar kelihatan ia seperti masih bernyawa, kata pemiliknya melalui jurucakap. – AFP