Gaji Krisdayanti cecah RM21,836 sebulan

Selebriti popular dari negara seberang, Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah (RM21,836) sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.

Lapor laman berita Suara.com, menurut penyanyi popular itu, pendapatan tersebut diterima sebanyak dua kali sebulan iaitu pada setiap 1 dan 5 hari bulan.

Katanya, beliau menerima gaji sebanyak 16 juta rupiah (RM4,658) pada 1 hari bulan manakala bayaran kedua sebanyak 59 juta rupiah (RM17,177) lagi akan dibayar setiap 5 hari bulan.

Ujarnya yang juga teman baik pada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun pendapatannya mempunyai banyak potongan.

“Maaf, saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Saya tidak akan senang hati jika tidak melakukannya dengan baik,” ujarnya dalam satu program bual bicara di YouTube.

Tutur Krisdayanti lanjut, jumlah pendapatannya juga dikira sebagai sederhana kerana bagi ahli seorang Parlimen, beliau perlu menyampaikan pelbagai bantuan kepada penduduk. – Agensi

Krisdayanti mendedahkan menerima gaji seba-nyak 75 juta rupiah (RM21,836) sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia. – Agensi