Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gaji minimum dinaikkan 23.3 peratus di Tanzania

    DAR ES SALAAM, 15 MEI – Presiden Tanzania semalam meluluskan hampir 25 peratus dalam gaji minimum, menandakan perubahan dalam dasar pemimpin sebelum beliau di tengah bantahan mengenai kos sara hidup yang tinggi.

    Presiden Samia Suluhu Hassan meluluskan kenaikan 23.3 peratus, sementara juga akan menambah gaji pekerja kerajaan buat pertama kalinya sejak 2016, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

    “Kenaikan gaji tersebut diluluskan dengan mengambil kira keluaran dalam negara kasar, pendapatan domestik serta perkembangan ekonomi tempatan dan global,” menurut pejabat presiden.

    Sejak menerajui tampuk pentadbiran pada tahun lalu selepas kematian pemimpin John Magufuli, Hassan berusaha meminda beberapa dasarnya setelah berunding dengan pembangkang dan menukar pendekatannya terhadap pandemik COVID, yang tidak diumumkan kepada para rakyat.

    Magufuli enggan mengkaji semula gaji selepas pemilihannya pada Oktober 2015, meneruskan pelan infrastruktur namun keberatan membangunkan pelabuhan dan sistem kereta api serta memulihkan syarikat penerbangan negara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...