Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Gakpo bakal membuat debut

    LONDON, 4 JAN – Cody Gakpo boleh membuat penampilan sulung untuk Liverpool dalam perlawanan Piala FA menentang Wolves Sabtu ini selepas perpindahan penyerang Belanda itu ke Anfield dimuktamadkan pada minggu lepas.

    Liverpool bersetuju untuk menandatangani Gakpo dari PSV Eindhoven pada 28 Disember, tetapi kertas kerja memformalkan perjanjian 40 juta pound (AS$47 juta) mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan.

    The Reds berkata pemain berusia 23 tahun itu kini bersedia untuk beraksi buat kali pertama apabila pasukan kendalian Jurgen Klopp menerima kunjungan Wolves dalam pusingan ketiga Piala FA.

    “Cody Gakpo secara rasmi merupakan pemain Liverpool selepas formaliti perpindahannya dari PSV Eindhoven berjaya diselesaikan Selasa lepas,” menerusi kenyataan di laman sesawang kelab itu.

    “Pemain berusia 23 tahun itu kini secara rasmi didaftarkan bersama The Reds dan boleh mula berlatih bersama kelab baharunya.

    “Pemain antarabangsa Belanda itu kini boleh bersaing untuk perlawanan Piala FA Sabtu menentang Wolverhampton Wanderers di Anfield.”

    Gakpo membintangi Piala Dunia dengan menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan kumpulan ketika Belanda mara ke suku akhir sebelum tewas kepada juara Argentina menerusi sepakan penalti.

    Prestasi Gakpo yang mengagumkan di Qatar meyakinkan Liverpool untuk perpindahannya ketika pesaing ketat mereka Manchester United juga berminat ingin mendapatkan pemain tersebut. – AFP

    Aksi Cody Gakpo semasa Piala Dunia, Qatar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...