Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Gakpo mampu cipta ‘magis’

    DOHA, 29 NOV – Jurulatih Belanda, Louis van Gaal, berkata pada Isnin bahawa dia percaya Cody Gakpo akan menjadi lebih hebat lagi selepas dua gol penting dijaringkan oleh anak muda tersebut dalam aksi Piala Dunia.

    Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dan 17 assists untuk PSV Eindhoven pada musim ini dan dikhabarkan akan berpindah ke kelab perdana Eropah, kemungkinan besar dengan Manchester United.

    Tandukannya dalam aksi menentang Senegal dengan kemenangan 2-0 dan tendangan kaki kiri dalam aksi menentang Ecuador dengan keputusan seri 1-1 telah meletakkan Belanda di kedudukan teratas dalam Kumpulan A.

    Pasukan Oranje hanya perlu elak kekalahan menentang tuan rumah yang telah tersingkir awal, Qatar pada Selasa untuk melayakkan diri ke dalam pusingan kalah mati.

    “Saya mempunyai anggapan yang dia akan menjadi sehebat ini, tetapi saya percaya dia boleh menjadi lebih hebat lagi berbanding sekarang, saya takkan terkejut (dengan prestasinya),” kata Van Gaal pada sidang media sebelum perlawanan bertemu Qatar.

    “Ia sangat menakjubkan yang dia dapat melakukannya di pentas antarabangsa.”

    Juara Kumpulan A bakal berdepan naib juara Kumpulan B dalam kelompok 16 terakhir, manakala naib juara Kumpulan B akan menentang juara Kumpulan A. England setakat ini berada di kedudukan teratas Kumpulan B, manakala Iran berada di tempat kedua.

    “Jika awda mahu menjadi juara dunia, awda harus mampu menewaskan sesiapa pun,” kata bekas jurulatih Manchester United, Van Gaal.

    “Negara-negara yang awda tak sangka akan mara, sedang mara, atau sekurang-kurangnya sedang memberikan kesukaran buat negara lain untuk mara. Sudah tentu saya akan memerhati dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...