Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Gal Gadot mahu bersalin setiap minggu?

    Pelakon Hollywood Gal Gadot mendedahkan keinginan untuk bersalin setiap minggu kerana teruja dengan keajaiban sewaktu bersalin.

    Bintang Red Notice itu berkata demikian ketika membincangkan kegembiraan menjadi seorang ibu dan bercakap secara eksplisit tentang kelahiran.

    “Saya suka bersalin. Saya akan melakukannya sekali seminggu jika boleh.

    “Ia sangat ajaib, saat anda merasakan anda mencipta kehidupan itu adalah luar biasa. Saya sentiasa mengambil epidural, jadi ia tidak begitu menyakitkan,” kata Gadot dalam temu bual dengan InStyle.

    Dalam pada itu, pelakon Wonder Woman ini menambah fasa kehamilan membuatkan dirinya berasa paling mual.

    “Saya berasa sakit dan mengalami migrain.

    “Saya tidak berada dalam elemen saya,” katanya.

    Gal Gadot dan suaminya Jaron Varsano dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alma, 10, Maya, 4, dan Daniella yang baharu dilahirkan pada 29 Jun lalu. – Agensi

    Gal Gadot mendedahkan keinginan untuk bersalin setiap minggu kerana teruja dengan keajaiban sewaktu bersalin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...