Galacticos masih berbisa

VIGO, 18 OGOS – Zinedine Zidane berjanji bagi perubahan tetapi ia adalah barisan retro Real Madrid yang memberikan kemenangan dalam perlawanan pembukaan semalam apabila Gareth Bale menerajui kemenangan 3-1 ke atas Celta Vigo.

Bale kembali dalam pasukan dan kembali berbisa di Balaidos, dengan kemahuan Zidane untuk mengeluarkannya dari Real musim panas ini mungkin masih menghantuinya.

Celta mendapati satu potensi untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat telah disia-siakan. Kemudian pemain Real, Luca Modric, diarah keluar padang ketika perlawanan memasuki 11 minit di separuh masa kedua tetapi satu ledakan Toni Kroos dari jarak 30 ela telah meletakkan Madrid kembali selesa.

Ketika Lucas Vazquez menambah jaringan ketiga, satu persoalan timbul ke mana hilangnya Madrid ini dalam tempoh 12 bulan kebelakangan, terutama sekali apabila kesebelasan pasukan kali ini langsung tidak ada pemain baharu.

Zidane mahukan Paul Pogba tetapi barisan tengah diisi oleh Casemiro, Modric and Kroos, trio yang sama ketika membantu pasukan menjulang Liga Juara-Juara 2018.

Jurulatih dari Perancis itu juga menurunkan Marcelo, antara yang mempamerkan aksi buruk musim lepas, dan Bale. Hanya bulan lepas Zidane berkata bahawa adalah ‘terbaik untuk semua orang ‘Sekiranya pemain sayap Wales itu dijual.

Eden Hazard, yang cedera semasa menjalani sesi latihan pada Jumaat, dijangka diturunkan sesudah cergas kembali dan akan menghadapi lawan lain yang pastinya lebih sukar berbanding Celta, di mana Celta hanya mampu menjaringkan gol saguhati menerusi Iker Losada. – AFP

Toni Kroos (jersi 8) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Celta di Balaidos. – AP