Galak belia aktif aktiviti riadah

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Pasukan Mendaun berjaya muncul sebagai juara dalam perlawanan bola sepak anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kasat dan Biro Wanita MPK berkenaan, baru-baru ini.

Terdahulu, acara berkenaan dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan diikuti dengan acara walkaton keluarga sejauh 2.12km yang dirasmikan oleh mantan penghulu Mukim Lumapas, Haji Bakar bin Mansor selaku tetamu kehormat pada acara itu.

Acara berkenaan juga turut diselajurkan dengan majlis penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada dua buah keluarga yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan.

Haji Bakar diperkenalkan dengan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.