Sunday, March 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galak halusi bacaan dikir

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 26 Jan – Bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W, Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Telisai telah mengadakan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Mukim-mukim Masjid Daerah Tutong.

    Sebanyak sembilan kumpulan yang terdiri daripada empat kumpulan lelaki dan lima kumpulan perempuan mewakili mukim-mukim di Daerah Tutong telah menyertai pertandingan peringkat akhir yang diadakan di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, petang tadi.

    Kumpulan Firqah Khairul Mu’min Kiudang muncul juara bagi Kategori Lelaki manakala itu Kategori Perempuan dijuarai oleh Kumpulan As-Syifa’ dari Mukim Pekan Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pertandingan tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain.

    Awang Shamsul Bahrin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
    Awang Shamsul Bahrin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
    Kumpulan Firqah Khairul Mu’min Kiudang menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kategori Lelaki.
    Kumpulan Firqah Khairul Mu’min Kiudang menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kategori Lelaki.
    Kumpulan As-Syifa’ dari Mukim Pekan Tutong menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kategori Perempuan.
    Kumpulan As-Syifa’ dari Mukim Pekan Tutong menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kategori Perempuan.

    Turut hadir ialah Penghulu Mukim Telisai, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Pengerusi Bersama Pertandingan.

    Tujuan pertandingan itu dijalankan adalah sebagai satu kegiatan tahunan yang dikendalikan bersama oleh AJK Tertinggi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Telisai dan sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai rakyat dan penduduk khususnya di Daerah Tutong mempelajari dan menghalusi bacaan Dikir Syarafil Anam.

    Selain itu, pertandingan tersebut akan dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan peserta pertandingan bagi setiap mukim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda