Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Galak kanak-kanak dekatkan diri dengan Al-Quran

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Awang Ahmad Haris Irfan bin Haji Omardani dan Dayang Siti Nurashiffa binti Haji Awang Mohd Eddie Hardey masing-masing diumumkan sebagai johan dalam kategori 1 dan 2 bagi Pertandingan Menghafaz Al-Quran bersempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 2022 yang berlangsung kelmarin.

Pertandingan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Biro Keagamaan Majlis Perundingan Kampung RPN Kampung Panchor, Mentiri itu berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

Ketua Biro Keagamaan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor dan selaku pengerusi acara pertandingan, Awang Ramzi bin Haji Mohiddin menjelaskan, program itu dihasratkan dapat menampilkan lagi bakat-bakat baharu selain menggalakkan kanak-kanak mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 1 bagi peserta yang berumur enam hingga 12 tahun manakala bagi kategori 2 pula dibukakan kepada peserta yang berumur 12 hingga 17 tahun.

ATAS & BAWAH: Johan kategori 1, Awang Ahmad Haris Irfan dan johan kategori 2, Dayang Siti Nurashiffa menerima hadiah daripada tetamu kehormat majlis.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -