Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galak kanak-kanak terokai bidang penyelaman

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Dengan hasrat untuk menggalakkan golongan kanak-kanak menerokai keindahan kerjaya sebagai penyelam apabila meningkat dewasa suatu hari nanti, Poni Divers telah menyampaikan taklimat bagi murid-murid Kindergarten 1 hingga 3, Sekolah Cemerlang Abejess (SECA) semasa Hari Kerjaya Prasekolah di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Taklimat itu menyaksikan lebih 60 orang murid dibahagikan kepada tiga kumpulan sepanjang hari berkenaan untuk mengetahui peralatan utama yang digunakan ketika menyelam dan teknik berkomunikasi di bawah air dengan isyarat tangan.

    Mewakili Poni Divers ialah guru-guru menyelam, Dayang Amal ‘Afina binti Abdul Malik dan Dayang Malina binti Haji Majid serta Awang Azmin bin Jahari selaku eksekutif syarikat berkenaan yang mana mereka memimpin aktiviti interaktif bagi murid-murid.

    Sehubungan itu, Poni Divers begitu komited untuk memupuk minat dalam aktiviti bawah laut seperti menyelam dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya golongan muda.

    Dengan adanya kesedaran sebegini, ia secara tidak langsung mampu mendidik kanak-kanak untuk sentiasa menjaga alam sekitar terutamanya lautan sejak di usia muda lagi.

    Wakil Poni Divers bergambar ramai bersama murid-murid semasa acara taklimat berkenaan. – Gambar serahan Poni Divers
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda