Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Galak mualaf imarahkan balai ibadat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini, meneruskan lagi majlis tadarus bersama mualaf di kawasan pedalaman yang berlangsung di Balai Ibadat Kampung Merangking, Ulu Belait.

    Rombongan PDI yang terdiri daripada warga Bahagian Pengembangan Dakwah, Bahagian Pembangunan Mualaf serta Bahagian Kajian dan Penerbitan telah diketuai oleh Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan tadarus serta diisikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama (i-Ready), Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, Awang Abdul Khaliq bin Kamree.

    Di samping itu, acara juga diselajurkan dengan penyerahan buku Panduan Siri Bimbingan Mualaf iaitu ‘Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dan Ratib al-Attas’ khusus bagi mualaf, dan penyerahan buku-buku terbitan PDI untuk kegunaan jemaah di balai ibadat berkenaan.

    Kunjungan dan tadarus bersama mualaf itu menggalakkan para mualaf untuk sama-sama mengimarahkan masjid, surau, balai ibadat, pos dakwah dan juga rumah kegiatan ugama di kawasan masing-masing.

    Ia juga dapat memupuk penghayatan para mualaf terhadap kelebihan bulan Ramadan dengan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran, berzikir dan mendengar tazkirah.

    Selain itu, aktiviti seumpama ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga PDI dan para mualaf.

    Awang Abdul Aziz turut menyampaikan buku panduan Siri Bimbingan Mualaf pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...