Galak murid sertai aktiviti bermanfaat

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-37 Negara Brunei Darussalam tahun ini, Kelas Mengaji M3 AQSA Peringkat Surau Al-Huda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara, Kementerian Pertahanan telah mengadakan peraduan mewarna dan tulisan jawi.

Peraduan antara lain bertujuan bagi menarik minat kanak-kanak khususnya bagi anak-anak tentera dan awam di TLDB yang hadir bagi kelas mengaji yang diadakan setiap hari Jumaat bermula 8 hingga 10 pagi.

Selain dijadikan sebagai aktiviti tahunan setiap tahun, kelas tersebut juga diisi dengan aktiviti seperti peraduan azan, menghafaz surah-surah pilihan,sambutan ramah mesra Hari Raya Aidilfitri dan sukan ria setiap penghujung tahun sebelum cuti persekolahan akhir.

Seramai 150 orang murid telah mengikuti kelas mengaji di surau itu, di mana terdapat seramai 13 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh Awang Faidil Rosemady bin Mohamad selaku imam dan ketua guru di Surau Al-Huda TLDB, Muara.

Antara murid-murid yang mengambil bahagian dalam peraduan mewarna dan tulisan Jawi di Surau Al-Huda TLDB, Muara.