Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Galak orang muda tubuh perniagaan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Dalam usaha memperluaskan populasi anak muda berkemahiran dan berpengetahuan bagi menyokong industri kreatif di Negara Brunei Darussalam, Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS) telah menganjurkan Pameran Seni VIBE dan Minggu Media 2022 Kolej IGS ke-12 di kampus kolej itu di Kiulap hari ini.

    VIBE yang juga merupakan platform memasarkan institusi dan programnya, turut menggalakkan minat orang muda menubuhkan perniagaan mereka sendiri dalam bidang industri kreatif, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kolej, Dr Haji Azharaini bin Haji Mohd Jamil dalam ucapan alu-aluannya pada majlis perasmian pameran.

    Hadir merasmikan Pameran VIBE dan Minggu Media 2022 KIGS itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Menurut Dr Haji Azharaini lagi, acara tahun ini mempamerkan karya kreatif pelajar dari empat fakulti iaitu Perniagaan, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Penyiaran serta Sastera dan Pengajian AM yang terbahagi kepada dua iaitu VIBE untuk pameran seni kreatif dan Minggu Media untuk penyiaran dan produk berkaitan media.

    Minggu Media 2022, terdiri daripada beberapa aktiviti seperti muzium media, permainan (gaming) dan festival filem, dan lain-lain.

    Dr Siti Norkhalbi ketika menyaksikan salah satu pameran yang diketengahkan. – Gambar oleh Lyna Mohamad

    Dengan bertemakan The New Generation, pelajar di bawah Fakulti Multimedia dan Penyiaran akan mempamerkan kreativiti dan bakat mereka dalam pembikinan filem.

    Acara tersebut diharapkan dapat menjadi platform kepada pelajar dan generasi baharu untuk mendapat minat dan pengiktirafan awam atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap industri perfileman, tambahnya.

    Dr Haji Azharaini dalam ucapannya turut mendedahkan bahawa kolej itu kini sedang membangunkan program peringkat rendah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk membolehkan lebih ramai pelajar dengan tahap satu dan dua O level melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui pelbagai laluan, asas dan program bridging.

    Pada masa ini, mereka sedang mengusahakan pembangunan tiga program di peringkat dua sijil kemahiran dalam Reka Bentuk Kreatif dan Multimedia, Teknologi Maklumat dan Pengajian Perniagaan untuk diserahkan kepada Majlis Akreditasi Brunei bagi kelulusan.

    Mengulas lagi mengenai Pameran Seni VIBE ke-12, ia bukan sahaja mempamerkan karya seni pelajar Kolej IGS, malahan 20 lagi karya seni oleh pelajar dari Sekolah St George
    Di bawah tema VIBE, pelajar O Level Sekolah St George juga mengambil bahagian dalam mempamerkan hasil kerja mereka sebagai sebahagian daripada projek sekolah mereka dan melalui kerjasama itu, VIBE ke-12 berfungsi sebagai platform dan memberikan mereka peluang dan pendedahan untuk mempamerkan karya masterpiece mereka.

    Pelajar-pelajar itu telah dijemput untuk turut memberi peluang kepada mereka belajar antara satu sama lain dalam kalangan pelajar kedua-dua institusi itu, yang sangat besar dan boleh memberi impak besar kepada mutu kerja seni melalui pertukaran idea.

    Majlis itu terbuka kepada orang ramai dan Kolej IGS berharap orang ramai dapat menyaksikan kreativiti dan bakat pelajar serta menyertai aktiviti sepanjang majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...