Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Galak warga emas amalkan gaya hidup sihat

    Oleh Syahmi Hassan

    TUTONG, 4 OGOS – Seramai 71 orang warga emas telah menyertai Program Riadah dan Silaturahim yang dianjurkan oleh Pertubuhan WARGAMAS sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444H yang diadakan di Bintudoh Greenspring Resort, Kampung Lamunin, hari ini.

    Program tersebut adalah salah satu perancangan yang terkandung dalam rancangan kerja tahunan 2022 pertubuhan berkenaan yang dikelolakan oleh Biro Warganita dengan konsep kerjasama naib yang dipertua Daerah Tutong dan Biro Lawatan Pertubuhan WARGAMAS.

    Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan semasa program tersebut antaranya ialah senaman pagi, mendeklamasikan sajak dan puisi serta menambang syair hasil karya peserta sendiri.

    Peserta juga bertanding dalam pertandingan mengibar rambat di darat, peraduan membaling bola (football Dart) dan kuiz Kenali Pertubuhan WARGAMAS, dengan harapan ia akan dapat mencetuskan idea dan hasil yang kreatif, menyihatkan tubuh badan de-ngan beriadah dan dapat memberi manfaat kepada Pertubuhan WARGAMAS.

    Yang Di-Pertua WARGAMAS, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don dalam ucapannya berkata,“Walaupun program ini nampak mudah dan santai, namun secara tidak langsung dan tidak disedari banyak kebaikannya kepada ahli-ahli pertubuhan untuk mengekalkan kesihatan jantung dan juga memupuk amalan gaya hidup yang lebih sihat.

    Seramai 71 orang warga emas telah menyertai Program Riadah dan Silaturahim yang di-anjurkan oleh Pertubuhan WARGAMAS bertujuan untuk menggalakkan cara hidup sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli pertubuhan. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    Salah seorang peserta mende-klamasikan sajak, salah satu aktiviti yang diadakan dalam program tersebut.
    Antara warga emas yang menyertai program tersebut.

    “Disebabkan gaya hidup semakin pantas berubah, tabiat pemakanan kurang sihat serta senaman tidak mencukupi, maka diharapkan agar ahli-ahli pertubuhan khasnya bersikap proaktif dalam menjaga kesihatan masing-masing agar terhindar daripada penyakit yang dikatakan sebagai tiga serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi dengan lebih serius,” tekannya.

    Antara lain tujuan program itu adalah untuk menggalakkan cara hidup sihat sesuai dengan peringkat umur warga emas, mengeratkan hubungan silaturahim, menyemarakkan sambutan Awal Tahun Baharu Hijriah 1444 melalui peraduan sayembara / puisi / sajak/ menambang syair, serta untuk mengenali Pertubuhan WARGAMAS dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti kuiz.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengongsikan pengalaman dan kemahiran yang berkonsepkan kepada lima perkara iaitu kecekapan, kepimpinan, kesihatan, kemasyarakatan dan kesenian melalui peraduan-peraduan dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan juga mengenali negara ini melalui lawatan dan pendekatan ke daerah-daerah dan kampung di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...