Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galaxy A7 tampil 3 kamera belakang

    SAMSUNG Electronics di Korea Selatan, telah melancarkan telefon pintar peringkat pertengahan terbaharunya iaitu Galaxy A7 (2018), peranti pertama daripada syarikat berkenaan yang menampilkan tiga kamera belakang.

    Tarikan-tarikan lain termasuk paparan Super AMOLED Infinity Display full-HD+ 6 inci, teknologi audio Dolby Atmos, sensor cap jari tepi dan kamera selfie 24MP.

    Secara terperinci, peranti dual-SIM ini didatangkan terus dengan Android 8.0 Oreo dan seperti yang disebutkan menampilkan paparan Super AMOLED Infinity Display full-HD+ (1,080×2,280 piksel) 6 inci dengan nisbah bidang 18.5:9.

    Galaxy A7 (2018) dikuasakan pemproses lapan teras berkelajuan 2.2GHz yang dipadankan dengan RAM 4GB/6GB dan storan dalaman 64GB/128GB. Storannya boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 512GB).

    Bagi optiknya, ia mengetengahkan tiga kamera belakang yang merangkumi sensor 24MP dengan apertur f/1.7, sensor ultra lebar 8MP dengan apertur f/2.4 dan sensor kedalaman 5MP dengan fokus tetap dan apertur f/2.2.

    Galaxy A7 (2018) merupakan telefon pintar pertama daripada Samsung yang menampilkan tiga kamera belakang.

    Di depan pula terdapat kamera fokus tetap 24MP dengan apertur f/2.0, denyaran LED, Selfie Focus dan Pro Lighting Mode.

    Peranti ini menyokong sambungan 4G VoLTE, dual-band Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth v5.0, ANT+, NFC (bergantung pada rantau) dengan sokongan Samsung Pay, GPS, GLONASS, Beidou dan jek audio 3.5mm.

    Dengan dimensi 159.8×76.8×7.5mm dan berat 168g, peranti ini disokong bateri 3,300mAh. Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, giroskop, sensor kedekatan, sensor cahaya RGB dan sensor cap jari tepi.

    Samsung Galaxy J4+, Galaxy J6+

    Sementara itu, awal minggu ini, Samsung Mobiles pula telah melancarkan dua telefon pintar dalam segmen pertengahan iaitu Galaxy J4+ dan Galaxy J6+, kedua-duanya mengetengahkan paparan HD+ Infinity 6 inci.

    Kedua-dua peranti juga didatangkan dengan unit bateri 3,300mAh, Android 8.1 Oreo dan sokongan dual-SIM. Selain itu, Galaxy J6+ menampilkan sensor cap jari di tepi dan dua kamera belakang.

    Secara terperinci, Galaxy J4+ menampillkan paparan Infinity Display HD+ (720×1480 piksel) 6 inci dengan nisbah bidang 18.5:9. Peranti ini dikuasakan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 425 berkelajuan 1.4GHz, dipadankan dengan RAM 2GB/3GB dan storan dalaman 16GB/32GB.

    Samsung Galaxy J4+ (BAWAH) dan Galaxy J6+ (ATAS) mempunyai spesifikasi yang hampir sama kecuali pada kamera, J4+ mempunyai satu kamera belakang sementara J6+ didatangkan dengan dua kamera.

    Daripada segi optik, Galaxy J4+ dilengkapi satu kamera belakang 13MP dengan apertur f/1.9 dan denyaran LED. Di depan pula terdapat kamera selfie 5MP dengan apertur f/2.2.

    Telefon pintar ini menyokong sambungan 4G VoLTE, single-band Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, GPS, GLONASS, NFC (bergantung pada rantau) dan jek audio 3.5mm. Peranti ini mempunyai dimensi 161.4×76.9×7.9mm dan berat 178g.

    Bagi Samsung Galaxy J6+, peranti ini juga menampilkan paparan Infinity Display HD+ (720×1480 piksel) 6 inci dengan nisbah bidang 18.5:9 yang sama dan dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 425 empat teras berkelajuan 1.4GHz.

    Ia didatangkan dengan pilihan RAM 3GB/4GB dan storan dalaman 32GB/64GB.

    Bagi sensornya, Galaxy J6+ mempunyai dua kamera belakang dengan sensor utama 13MP (apertur f/1.9) dan sensor kedua 5MP (apertur f/2.2). Di depan pula terdapat sensor 8MP dengan apertur f/1.9.

    Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, single-band WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, NFC, GPS, GLONASS dan jek audio 3.5mm.

    Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, sensor geomagnetik, giroskop, sensor kedekatan dan sensor cap jari tepi. Peranti ini mempunyai dimensi 161.4×76.9×7.9mm dan berat 178g yang sama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda