Galaxy Note 8 Emperor Edition?

DENGAN pelancaran Galaxy Note 8 pada 23 Ogos semakin hangat diperkatakan dalam industri, satu kebocoran baru telah menyebut mengenai Galaxy Note 8 Emperor Edition.

Sementara khabar angin mengatakan bahawa Galaxy Note 8 akan dilengkapi RAM 6GB, nama Galaxy Note 8 Emperor Edition mungkin menandakan bahawa ia akan didatangkan dengan RAM sebesar 8GB di samping storan dalaman 256GB, juga dengan sedikit kemungkinan rujukan Star Wars.

Laporan mengenai kemungkinan Galaxy Note 8 Emperor Edition dengan kapasiti 8GB+256GB pertama kali disebutkan di Weibo oleh @ice. Laporan itu menyatakan ia akan terdapat di Korea Selatan dan China.

Dalam post yang sama, @ice menyatakan bahawa varian storan dalaman 256GB juga akan ditawarkan bagi model standard Galaxy Note 8 dengan RAM 6GB.

Dalam pada itu, Galaxy Note 8 yang bakal dilancarkan pula dikatakan akan menampilkan rekaan hampir tiada bezel serupa dengan Galaxy S8 dan Galaxy S8+. Ia berkemungkinan akan menonjolkan rangka yang lebih berbentuk empat segi dengan paparan 6.3 inci yang sedikit besar berbanding skrin 6.2 pada Galaxy S8+.

Phablet itu telah dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama yang akan dikuasakan dengan SoC Qualcomm Snapdragon 836.

Di samping itu, Galaxy Note 8 dikatakan akan bermula dengan RAM 6GB dan kini juga kemungkinan varian 8GB.